10 Februari 2011
SGPV akan mengadopsi Gowind class tipe Littoral Combat Ship dengan panjang 99,5m dan bobot penuh 2.200 ton (photo : Defense Update)
Kos dibelanja Malaysia tak boleh disamakan dengan AS, New Zealand
KUALA LUMPUR: Peruntukan RM6 bilion bagi membeli enam unit kapal peronda generasi kedua (SGPV-LCS) bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disifatkan sebagai rasional dalam usaha meningkatkan keupayaan ketumbukan itu.
Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, berkata pembelian kelengkapan dan peralatan baru itu juga menepati keperluan semasa, khususnya dalam keadaan tugas melindungi kedaulatan perairan negara yang semakin mencabar.
“Belanja RM6 bilion itu munasabah kerana ia bukan saja merangkumi kos pembinaan setiap unit kapal berkenaan, malah turut mengambil kira kos pemasangan sistem persenjataan, teknologi radar dan peralatan lain berkaitan.
Detail salah satu kapal tipe Gowind class (image : DCNS)
“Jadi, tidak wajar membandingkan jumlah perbelanjaan itu dengan kos dikeluarkan negara lain untuk membeli kapal. Amerika Syarikat, New Zealand, Perancis dan Australia mempunyai kepakaran sendiri dalam membina peralatan ketenteraan, termasuk kapal peronda berbanding kita,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.
Beliau berkata bagi menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam blognya berhubung kos dibelanjakan kerajaan untuk membeli enam SGPV-LCS adalah 870 peratus mahal dari negara lain.
Beliau mendakwa peruntukan RM6 bilion itu amat tidak munasabah berbanding perbelanjaan dikeluarkan negara seperti Amerika Syarikat, Ireland, Jerman dan Israel.
Ahli Parlimen DAP itu mendakwa pembelian kapal peronda pesisir pantai (OPV) oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu.
Kapal Roisin Class buatan Ireland dikatakan hanya bernilai AS$34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (AS$188 juta atau RM572 juta), manakala Saar V dari Israel bernilai AS$260 juta atau RM791 juta.
Abdul Aziz berkata, kos dinyatakan ahli pembangkang itu tak tepat kerana ia tidak merangkumi semua kos pembinaan dan pemasangan pelbagai peralatan diperlukan dalam sesebuah kapal peronda atau kapal perang.
“Perbandingan harga juga tidak munasabah kerana kos dibelanjakan negara terbabit bukan pada kadar terbaru,” katanya.
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER : KOMENTAR DI BLOG INI BUKAN MEWAKILI ADMIN INDONESIA DEFENCE , MELAINKAN KOMENTAR PRIBADI PARA BLOGERSISTA
KOMENTAR POSITIF OK