Seri Anoa 6x6 produksi PT. Pindad (photo : Defense Studies)
JAKARTA - Malaysia sedang mempertimbangkan untuk membeli kenderaan tempur jenis APC (Armoured Personal Carrier) keluaran Indonesia iaitu ANOA bagi menggantikan kereta perisai Condor.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedangkan menilai keberkesanan aset tersebut khususnya dalam menyertai misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lebanon.
"Kita sedang meneliti apakah ANOA dapat berfungsi dengan baik ketika berada di kawasan yang suhu ekstrem seperti di Lebanon," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Indodefence di sini, hari ini.
ANOA kini digunakan oleh Tentera Nasional Indonesia (TNI) dalam melaksanakan misi perdamaian di Lebanon Selatan.
Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata, Malaysia juga sedang mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Indonesia untuk mengeluarkan peluru berkaliber sederhana.
Menurut beliau, kerjasama di kalangan negara ASEAN dapat mengelak daripada perbelanjaan besar negara-negara rantau berkenaan membeli aset ketenteraan dari negara Barat seperti Eropah.
"Ini merupakan satu bentuk kerjasama Malaysia dengan negara-negara ASEAN dalam bidang industri pertahanan," kata beliau.
Kereta perisai Condor ATM kini digunakan untuk misi pengaman.
(Utusan)
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER : KOMENTAR DI BLOG INI BUKAN MEWAKILI ADMIN INDONESIA DEFENCE , MELAINKAN KOMENTAR PRIBADI PARA BLOGERSISTA
KOMENTAR POSITIF OK