INDONESIA DEFENCE BLOG ADALAH BLOG TENTANG INFO ALUTSISTA TERKINI DI DUNIA

Tuesday, July 12, 2011

Keluar Komponen Typhoon di Malaysia


11 Juli 2011

Eurofighter Typhoon multi-role combat aircraft (photo : Militaryphotos)
BAE Systems janji jika berjaya raih kontrak pembekalan pesawat tempur pelbagai gunaBAE Systems, syarikat pertahanan dan aeroangkasa global berpangkalan di United Kingdom berada selangkah di hadapan pesaingnya dalam perlumbaan mendapatkan kontrak bernilai berbilion ringgit dari kerajaan Malaysia bagi program penggantian pesawat tempur MiG-29N.

Syarikat itu mendedahkan rancangannya mendirikan kemudahan pengeluaran komponen untuk pesawat tempur jenis Typhoon generasi baru di Malaysia jika berjaya meraih kontrak pembekalan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) berkenaan untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pengarah Pembangunan Perniagaan Kumpulannya, Alan Garwood CBE, berkata model perniagaan bagi cadangan pembinaan kemudahan pengeluaran komponen untuk Typhoon itu sama seperti penubuhan Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) di Melaka sebelum ini yang meraih manfaat daripada pemindahan teknologi terbaik daripada BEA Systems, selain menjadikannya sebahagian daripada rantaian bekalan global untuk komponen terpilih kepada Airbus dan pesawat tempur jenis Hawk.

“Kami akan, jika mendapat kontrak berkenaan, bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dalam pemindahan teknologi dan keupayaan perindustrian, dengan sebahagian besar daripada komponen Typhoon boleh dikeluarkan di negara ini, juga boleh diservis di negara ini.

“Hubungan dua hala Malaysia dan United Kingdom yang akrab terjalin sekian lama, menjadikan Malaysia rakan terdekat British, sekali gus memudahkan kami memindahkan teknologi terbaik,” katanya pada temu bual dengan Berita Harian di Kuala Lumpur minggu lalu.

Pesawat tempur Typhoon generasi baru dibangunkan empat syarikat aeroangkasa utama dunia iaitu BAE Systems, EADS-Military Aircraft (Jerman), Alenia Finmeccanica (Itali) dan EADS-CASA (Sepanyol).

Garwood berkata, Typhoon yang kini digunakan Tentera Udara di Raja British (RAF), tentera udara Jerman, Itali, Sepanyol, Austria dan Arab Saudi, terkenal dengan ketangkasan geraknya, keupayaan bertempur udara, serangan darat, selain dilengkapi empat peluru berpandu baru bagi kedua-dua jarak pendek dan sederhana. Beliau berkata, pesawat tempur itu menerima lebih 700 tempahan setakat ini, selain sudah melengkapkan 100,000 jam penerbangan.

Keanjalan Typhoon memberikannya keupayaan melakukan sesuatu kempen dengan pantas dan tepat selain membolehkannya mengatur kedudukan bagi pelbagai operasi daripada kawalan udara, perkhidmatan sokongan dan pertempuran, katanya.

Lobi daripada syarikat aeroangkasa antarabangsa bagi bersaing mendapatkan kontrak untuk program penggantian pesawat tempur MiG-29N TUDM mula dirasai.

Syarikat aeroangkasa Perancis, Dassault Aviation, baru-baru dilaporkan akan membuka pejabatnya di Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat, sekali gus mencadangkan kesungguhan syarikat itu menawarkan pesawat jenis Rafale untuk program MRCA TUDM.

Antara pesaing terdekat BAE Systems yang lain ialah Boeing.

0 komentar:

Post a Comment

DISCLAIMER : KOMENTAR DI BLOG INI BUKAN MEWAKILI ADMIN INDONESIA DEFENCE , MELAINKAN KOMENTAR PRIBADI PARA BLOGERSISTA
KOMENTAR POSITIF OK