03 Agustus 2011
Pesawat tempur Typhoon (photo : zap16)
KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menetapkan tempoh bagi pembelian pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) bagi menggantikan sepenuhnya pesawat pejuang MiG-29 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana, pembelian pesawat itu tertakluk kepada peruntukan kewangan yang diperolehi kementerian berkenaan.
"Buat masa ini, kita masih mengkaji dokumen-dokumen MRCA," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Kerajaan baru-baru ini telah mempertimbangkan untuk membeli pesawat MRCA Eurofighter Typhoon yang bernilai RM3 bilion setiap satu bagi menggantikan sepenuhnya pesawat pejuang MiG-29.
Dalam perkembangan berlainan, Ahmad Zahid memberitahu, Kementerian Pertahanan telah mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM493.33 juta bagi tujuan belanja mengurus aset kementerian.
Katanya, ia digunakan bagi menyelenggara dua kapal selam milik negara dari kelas Scorpene.
"Peruntukan itu telah diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat pada penggal lalu," katanya.
Sementara itu, ketika mengulas mengenai pertemuannya dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen baru-baru ini, Ahmad Zahid menyifatkan pertemuan itu bagi membincangkan kawasan yang menjadi pertikaian di mana ia telah diputuskan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ).
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER : KOMENTAR DI BLOG INI BUKAN MEWAKILI ADMIN INDONESIA DEFENCE , MELAINKAN KOMENTAR PRIBADI PARA BLOGERSISTA
KOMENTAR POSITIF OK