Pages

Friday, April 22, 2011

Operasi di Teluk Aden Dipertingkat


22 April 2011

MV Bunga Mas Lima yang dipakai sebagai kapal markas TLDM di Teluk Aden (photo : Militaryphotos)

Malaysia hantar satu lagi kapal auxillary pastikan ancaman lanun dapat dikekang

KUALA LUMPUR: Malaysia merancang meningkatkan operasi keselamatannya di Teluk Aden, Somalia termasuk menambah bilangan kapal auxillary dan keperluan logistik di perairan itu bagi memberi perlindungan kepada kapal dagang negara daripada serangan lanun.

Difahamkan, proses pengubahsuaian kapal itu sedang giat dilakukan dan dijadualkan siap dalam masa tiga bulan sebelum dihantar untuk operasi di Teluk Aden, September ini.

Operasi itu dilakukan dengan kerjasama Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) yang akan menanggung keseluruhan kos operasi khas berkenaan.

Helikopter Fennec turut dibawa bersama kapal Bunga Mas Lima (photo : Militaryphotos)

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, berkata kehadiran kapal auxillary kedua di perairan itu dijangka dapat membantu kapal pertama, MV Bunga Mas 5 yang digunakan Pasukan Khas Laut (PASKAL).

MV Bunga Mas 5 adalah projek perintis kerjasama strategik TLDM dan MISC dalam Ops Fajar di Teluk Aden.

“Bagi TLDM, kehadiran kapal kedua ini mampu memastikan operasi keselamatan kita dilaksanakan secara lebih komprehensif, malah kawasan operasi dapat diperluaskan,” katanya dalam temubual khas sempena Hari TLDM Ke-77 di sini, semalam.

PASKAL di kapal Bunga Mas Lima membawa sea raider (photo : Militaryphotos)
Beliau berkata, kapal tambahan juga membolehkan tugas mengiringi dan memberi perlindungan keselamatan bagi kapal dagang Malaysia dilakukan secara berterusan di kedua-dua laluan pelayaran di Teluk Aden.
“Sebelum ini, kita hanya ada MV Bunga Mas 5 ...mana-mana kapal dagang kita kena tunggu giliran untuk diiringi ketika melalui Teluk Aden. Jika ada dua kapal, kita boleh buat operasi timur ke barat, begitu juga sebaliknya secara serentak. Ini membantu menjimatkan masa dan kos,” katanya.

Bagaimanapun, Abdul Aziz menafikan kerajaan terpaksa menanggung beban kewangan berikutan penggunaan aset itu kerana kos penyelenggaraan dan alat ganti kedua-dua kapal, termasuk helikopter jenis Fennec yang ditempatkan di atas MV Bunga Mas 5 ditanggung sepenuhnya oleh MISC.

“TLDM hanya menyediakan anggota dan peralatan, termasuk helikopter serta persenjataan. Semua kos lain, termasuk bahan api dan alat ganti ditanggung MISC,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, cadangan penggabungan operasi keselamatan negara Asean di Teluk Aden perlu diperhalusi kerana dikhuatiri boleh menimbulkan beban kewangan kepada negara yang menyertai operasi itu.

(Berita Harian)

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER : KOMENTAR DI BLOG INI BUKAN MEWAKILI ADMIN INDONESIA DEFENCE , MELAINKAN KOMENTAR PRIBADI PARA BLOGERSISTA
KOMENTAR POSITIF OK

BERITA POLULER

BACA JUGA: