Pages

INDONESIA DEFENCE adalah blog Berita,ulasan, artikel Pertahanan dan Keamanan, Industri Militer Indonesia dan Dunia, Perkembangan Alutsista terkini, serta perkembangan POLITIK DALAM DAN LUAR NEGERI.

BERITA TERKINI DI INDONESIA DEFENCE

Saturday, July 7, 2012

Bae System meberikan pilihan terhadap Malaysia

BAE Systems memberi peluang bagi Malaysia untuk memilih komponen pesawat Typhoon yang akan dibuat di Malaysia jika Malaysia memilih pesawat ini (photo : Eurofighter) KUALA LUMPUR - Malaysia boleh memilih komponen pesawat Typhoon Eurofighter untuk dibina di dalam negara jika Multi-Role Combat Aircraft (MRCA) memenangi kontrak penggantian MiG-29N Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pengarah Urusan Asia Tenggara BAE Systems, John Brosnan berkata, rakan usaha sama konsortium Eurofighter bersetuju bahawa syarikat Malaysia boleh mengambil bahagian sehingga 90 peratus dalam projek pembinaan pesawat terbabit. "Kebanyakan komponen pesawat mungkin tidak dibina di Malaysia, namun terpulang kepada Malaysia untuk memutuskan bahagian mana yang mahu dibina di sini. Tidak seperti pesawat lain, kami menyerahkan kepada Malaysia jika negara ini mahukannya," kata Brosnan kepada Bernama. "Satu perkara mengenai urus niaga pertahanan, ramai pesaing yang mengatakan apa yang mereka kata mungkin dan tak mungkin dilakukan," katanya. Syarikat yang berpangkalan di UK itu ialah kontraktor utama bagi pihak negara Eurofighter iaitu United Kingdom, Jerman, Itali dan Sepanyol. BAE Systems dilaporkan sudah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Malaysia untuk membida kontrak penggantian MiG-29N TUDM, yang meliputi senarai 100 muka surat mengenai teknologi yang syarikat berkenaan sedia memindahkan, selain nama syarikat tempatan dan luar negara yang sedia menyertai dalam proses itu. Eurofighter Typhoon membida kontrak itu bersama-sama empat pesaing lain -Dassault Aviation"s Rafale Perancis; Boeing F/A-18E/F Super Hornet US; JAS-39 Gripen Sweden dan Sukhoi Su-35 Flanker-E Rusia. Brosnan berkata bersama Typhoon, Malaysia memperoleh generasi kelima utama MRCA di dunia. Setakat ini, 707 pesawat Typhoon dibangunkan mengikut kontrak dan lebih daripada 300 sudah diterbangkan untuk perkhidmatan enam pasukan tentera udara di seluruh dunia, katanya. "Sudah terbukti dalam operasi di pelbagai negara. Malaysia mahukan produk terbaik yang mampu kami sediakan. Berdasarkan keupayaan, kami yakin kami berada pada kedudukan yang baik," katanya. Brosnan berkata, Typhoon dikeluarkan oleh sebuah konsortium "100 bilion dolar yang memiliki rangkaian bekalan industri pertahanan Eropah". "Ia bukan sekadar kesediaan teknologi, malah rekod baik kami dalam melaksanakan komitmennya untuk menfaat ekonomi," katanya. Tentera Udara dan Tentera Laut Malaysia merupakan pelanggan BAE Systems, menerusi pembelian pesawat 10 Hawk Mk108 dan 18 Mk208 pada awal 1990-an. – (Utusan)

0 komentar:

Post a Comment

DISCLAIMER : KOMENTAR DI BLOG INI BUKAN MEWAKILI ADMIN INDONESIA DEFENCE , MELAINKAN KOMENTAR PRIBADI PARA BLOGERSISTA
KOMENTAR POSITIF OK